Penyebaran bahasa Austroasia Bahasa-bahasa_Austroasia

Jika ditelitikan di peta, penyebaran rumpun bahasa Austroasia tidak berkesinambungan namun terputus-putus. Selain di Kamboja dan Vietnam, rumpun bahasa ini hanya dipertuturkan dalam kelompok yang kecil, dari India sampai ke Semenanjung Malaysia. Ada kemungkinan besar pada zaman dahulu kala, bahasa-bahasa ini berkesinambungan. Tetapi pada suatu saat dalam sejarah terjadi perubahan kepada para penutur bahasa Indo-Eropah di India, bahasa Tai-Kadai di Thailand dan bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia.

Kepelbagaian bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia juga membawa kepada kesimpulan ini. Bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sini hanya bahasa Melayu saja, meskipun wujud beberapa dialek tetapi perbezaan antara dialek ini tidaklah besar. Kepelbagaian bahasa ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu masih boleh dikatakan belum begitu lama di sini.[perlu rujukan]

Bahkan di Semenanjung Malaysia wujudnya pertanyaan kerana penduduk ‘asli’ atau aborigin daerah ini iaitu suku bangsa Negrito masih menuturkan bahasa-bahasa Austroasia. Padahal bahasa ini sebenarnya diambil mereka dari negara-negara jiran mereka yang termasuk bangsa Mongolia, sudah mengambil alih bahasa Austronesia.[Penjelasan diperlukan]

Ada pula yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa bahasa-bahasa Austroasia pernah dipertuturkan di pulau Sumatera. Menurut para pakar ini, sisa-sisa bahasa Austroasia ini masih meninggalkan jejaknya, atau disebut substratum, dalam bahasa-bahasa Sumatera moden.